Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 31, 2008

apa itu pembangunan?

Pembangunan ialah proses kemajuan daripada mundur kepada moden, daripada masyarakat mudah (simple) kepada kompleks dan daripada sesuatu yang buruk kepada baik. (Munck,1994)

Dengan kata lain, pembangunan merupakan proses perubahan yang dicetuskan oleh manusia untuk membina sebuah peradaban atau mengukuhkan peradaban yang sedia ada. Sebagai satu proses, pembangunan tidak pernah terhenti sejak semenjak ia dimulakan. Ia akan terus berlaku selagi bumi ini wujud.

Pembangunan diperlukan oleh manusia kerana ia menjamin perubahan atau peningkatan kualiti kehidupan dalam segenap sudut, baik dari segi ekonomi, sosial, politik, persekitaran, pengurusan, pentadbiran, kejuruteraan dan sebagainya.

Pembangunan atau perubahan berancang merupakan satu fenomena abad ke-20 dan cara utama mengadakan perubahan di sesebuah negara. Ertinya, pembangunan adalah sesuatu yang diperlukan, ia tidak wujud melainkan digerakkan oleh manusia dan mempunyai impak secara langsung atau tidak langsung kepada manusia.