Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 19, 2008

BAHAGIAN E: BANDAR TIDAK EFISIEN


BAHAGIAN E: ASPEK BANDAR EFISIEN

PENGALAMAN 5 TAHUN


KEEFISIENAN BANDAR KUALA LUMPUR




BAHAGIAN C: RANGKING TAHAP KEEFISIENAN BANDAR





BAHAGIAN B: TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

Ekonomi

Ekonomi yang meliputi banyak kemudahan untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden mengatakan bahawa dalam kemudahan yang disediakan termasuklah pendidikan, bank, kewangan dan insurans, komunikasi ict, pembinaan, pembangunan hartanah dan sebagainya adalah efisien. Ini kerana kebanyakan responden mengatakan kemudahan ini mudah di dapati dan mencukupi di kawasan tempat tinggal mereka. Ini termasuklah kemudahan pendidikan iaitu sekolah dan pusat pendidikan di ketiga-tiga bandar ini adalah mencukupi untuk anak-anak mereka yang mana ia adalah penting terutama masa depan mereka. Daripada seorang responden India mengatakan bahawa beliau yang kini belajar di pusat latihan swasta mengatakan pusat pendidikan dan latihan dan swasta yang banyak telah memudahkan mereka belajar kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal mereka tanpa perlu pergi ke pusat pendidikan yang lebih jauh dari tempat tinggal mereka. Di samping itu, daripada hasil temubual kami dengan pelajar, selepas tamat persekolahan, mereka akan pergi ke pusat tusyen. Ini menunjukkan terdapat banyak pusat tusyen swasta yang memberikan pendidikan kepada pelajar. Manakala dari segi komunikasi juga efisyen iaitu dapat dilihat wujudnya banyak cybercafé, kedai komputer malah ada sesetengah restoran telah memasang kemudahan wi-fi untuk pelanggan mereka yang datang ke kedai mereka dan memperlihatkan jaringan komunikasi kini kian meningkat mengikut peredaran semasa. Selain itu dari segi pembinaan juga adalah efisyen kerana di Bandar Kajang khususnya terdapat pusat membeli belah yang banyak yang di bina untuk kemudahan masyarakat yang dulunya hanya Metro Kajang tetapi kini telah dibina Metro point. Selain itu kemudahan pengangkutan termasuklah bas dan teksi yang banyak memudahkan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Antara bahagian yang kurang efisyen termasuklah sektor perhotelan, pelancongan dan hiburan. Hasil daripada maklum balas responden mengatakan bahawa sektor pelancongan di Bandar mereka sangat kurang promosi yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang. Ini kerana apabila ditanya apakah tempat pelancongan yang ada dikawasan mereka, responden juga tidak pasti apakah tarikan pelancongan yang ada di tempat mereka. Di bandar semenyih terdapat air terjun tetapi menurut responden kawasan air terjun di tempat itu kurang di jaga kebersihannya yang mana kawasan itu adalah kawasan untuk pengunjung luar datang untuk berekreasi. Oleh itu, pihak majllis perbandaran perlu meneliti perkara ini serta mengambil langkah untuk memperkembangkan sektor pelancongan. Perhotelan juga dikatakan kurang efisien kerana didapati perkhidmatan perhotelan yang ada di bandar kajian masih kurang dan rancanga MPKj untuk membina hotel perlulah bersesuaian dengan tempat yang ingin dibina supaya tiada masalah yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian masyarkat.


utiliti
Seterusnya dalam kajian penyelidikan turut meliputi bahagian utiliti termasuklah kemudahan pendidikan meliputi tabika, sekolah rendah dan menengah dan kemudahan sekolah antarabangsa. Ketiga-tiga jenis pendidikan khususnya tabika dan tahap sekolah rendah dan menengah wujud dalam ketiga-tiga bandar ini. Selain itu kemudahan kesihatan swasta juga adalah efisien kerana wujud pusat kesihatan swasta yang banyak dalam menjaga masyarakatnya daripada sebarang penyakit. Disamping itu juga, kemudahan kawasan terbuka dan taman rekreasi serta kemudahan pusat riadah swasta adalah efisien menurut kebanyakan responden. Selain itu kemudahan tempat beribadat juga dikatakan efisien oleh mereka kerana kebanyakan tempat beribadat di kawasan tempat tinggal mereka adalah mencukupi dan setakat mereka berpuas hati. Selain itu kemudahan lain seperti pusat ict, stadium, perpustakaan awam, pasar, medan selera dan sebagainya adalah efisien. Disini dapat dilihat dalam ketiga-tiga Bandar ini adalah efisen yang mana ketiga-tiga Bandar ini penyediaan kemudahan oleh MPKj ini adalah menepati apa yang masyarakat inginkan.

infrastruktur
Daripada hasil keseluruhan maklum balas daripada responden mengenai infrastruktur adalah efisien dimana dapat dilihat infrastruktur bekalan air, elektrik,balai bomba, jaringan jalan raya, rangkaian telekomunikasi ict dan sebagainya adalah efisien . walaupun keseluruhan infrastruktur bekalan air adalah mencukupi di kebanyakan kawasan kajian, tetapi masalah bekalan air ini berlaku di Bandar Baru Bangi. Menurut seorang responden, taman perumahan di tempat tinggal beliau sering mengalami masalah ketiadaan air yang disebabkan oleh proses kerja pembaikan bekalan paip air yang berdekatan dengantempat tinggal mereka. Yang meyebabkan mereka tidak berpuas hati disebabkan proses kerja pembaikan paip mengambil masa yang lama dan sekaligus telah mengganggu kerja harian mereka yang perlu menggunakan air untuk pelbagai kegiatan harian. Di samping itu juga sistem pelupusan pepejal dan kutipan sampah adalah efisien di kebanyakan tempat tetapi ada sesetengah tempat ini juga mengalami masalah kelambatan pengambilan sampah oleh pihak tertentu. Masalah sistem saliran, perparitan dan kawalan banjir adalah masalah yang sering berlaku di kawasan sekitar Bandar Kajang khususnya di Bandar Kajang itu sendiri . kebanyakan responden mengatakan masalah sistem saliran dan kawalan banjir ini adalah kurang efisien. Menurut responden, di Bandar Kajang kerap berlaku banjir yang mana walaupun hujan yang lebat telah menyebabkan banjir walaupun dalam masa 2 jam. Ini dapat dibuktikan apabila Metro Kajang mengalami masalah yang sama apabila air hujan telah memasuki ruang tempat jual barangan dan menyebabkan ia terpaksa ditutup untuk beberapa hari. Ini dapat dilihat kepadatan aktiviti perniagaan telah menyebabkan tiada kawasan yang dapat menampung hjan yang lebat. Oleh itu, dalam membuat perancangan pembangunan, pihak Majlis Perbandaran Kajang perlu mengambil kira semua keadaan ini. Selain itu masalah tempat meletak kereta juga adalah masalah yang terbesar yang mana kebanyakan kawasan di bandar Kajang adalah kurang efisien yang mana kawasan tempat meletak kenderaan adalah sedikit berbanding dengan jumlah kenderaan yang banyak. Menurut responden yang bekerja di Bandar Kajang itu menyatakan bahawa punca masalah kurangnya kawasan meletak kenderaan ini disebabkan kebanyakan masyarakat yang bekerja di Bandar Kajang meletakkan kenderaan mereka seharian dan keadaan itulah yang menyebabkan kawasan parking kereta tidak mencukupi. Dan masalah ini telah pun disiarkan di dalam akhbar dan seorang daripada mereka yang menyatakan ketidakpuashatian apabila dia telah disaman oleh polis apabila telah telah meletakkan kenderaan di tempat yang salah serta beliau terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk mencari kawasan parking walaupun ingin pergi ke satu tempat dalam tempoh yang sekejap sahaja.

imej Bandar

Manakala dalam memperlihatkan pandangan responden mengenai imej Bandar di kebanyakan Bandar yang talah menjadi kawasan kajian kami ialah hasil maklum balas responden mengenai keseluruhan imej Bandar adalah efisien. Ini dapat dilihat melalui reka bentuk bangunan, hotel dan pusat membeli belah, kawasan lapang dan hijau, aksesbiliti kemudahan bangunan dan kemuhan dan sebagainya. Melalui reka bantuk bangunan pusat membeli belah di Bandar Kajang adalah efisien iaitu dapat dilihat melalui pembinaan pusat membeli belah baru iaitu Metro point yang mana reka bentuk bangunan yang baru dan warnanya serta bangunan lain yang berada di sekitarnya yang secara tidak langsung telah menyebabkan masyarakat yang berada di sekitar Bandar Kajang ini datang untuk membeli barang di kawsan ini. Menurut seorang responden beliau yang berasal dari semenyih turut datang untuk membeli belah di Bandar Kajang kerana baginya kemudahan untuk mendapat barang di Bandar ini adalah mudah serta terdapat pelbagai jenis barang yang ditawarkan. Manakala tempat sivik kebudayaan dan enggunaan kepelbagaian kebudayaan melayu, cina dan India juga didapati efisien. Selain itu dapat dilihat dari segi pemeliharan alam sekitar adalah berada di tahap yang efisien iaitu pihak Majlis Perbandaran Kajang telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ruang rehat serta ruang pejalan kaki adalah efisien iaitu kebanyakan kemudahan ini disediakan oelh pihak MPKj yang mana ruang pejalan kaki ini adalah penting khususnya keselamatan mereka yang kebanyakan responden bersetuju bahawa ruang pejalan kaki adalah penting dan yang perlu ada dalam sesuatu Bandar itu. Pencahayaan malam di ketiga-tiga Bandar Bandar ini adalah efisien iaitu kebanyakan kawasan mereka telah disediakan lampu jalan yang memudahkan mereka. Ini kerana tanpa ada pencahayaan yang cukup boleh membahayakan keselamatan sesorang itu jika berada di kawasan yang gelap. Pencahayaan mlam di Bandar-bandar utama juga penting dalam memperlihatkan keceriaan Bandar tersebut pada waktu malam. Selain itu juga terdapat banyak papan tanda dan billboard dilihat di kebanyakan kawasan. Dari segi keseluruhan dalam kawalan kebersihan di ketiga-tiga Bandar adalah efisien tetapi perbezaan efisien dan kurang efisien untuk pendapat responden mengenai kawalan kebersihan hanya sedikit perbezaan sahaja. Ini kerana ada sesetengah tempat juga kurang di jaga kawalan kebersihannya. Menurut responden, kawsan taman perumahannya juga kurang dijaga kebersihannya yang mana tempat membuang sampah yang tidak terurus serta sikap masyarakat yang membuang sampah tanpa perlu menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka.

Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan jalan raya adalah penting dalam memudahkan seseorang itu untuk pergi ke seseuatu tempat. Begitu juga jika dilihat dalam konteks pengangkutan di kawasan kajian iaitu bandar semenyih, Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kebanyakan responden mengatakan kemudahan pengangkutan antara bandar, sistem pengangkutan dalam bandar serta lebuhraya dan rangkaian adalah efisien. Kebanyakan responden mengatakan bahawa pengangkutan termasuklah bas dan teksi mudah didapati di kawasan mereka. Daripada hasil tinjauan kami di bandar Kajang mempunyai banyak perkhidmatan bas yang membawa penumpang ke tempat mereka ingin tujui. ini dapat dilihat seseorang itu amat mudah untuk mendapatkan bas kerana terdapat banyak destinasi bas itu akan pergi termasuklah Semenyih dan juga Bandar Baru Bangi serta mempunyai kadar tambang bas yang murah kira-kira RM 0.70 dan tambang bas bagi rapid ialh RM 1.00. Di samping itu juga, kemudahan jaringan jalan raya dan lebuh raya juga adalah efisien yang mana rangkaian jalan raya yang banyak untuk pergi ke sesuatu tempat itu menjadikan tempoh perjalanan menjadi pendek serta menjimatkan masa. Laluan motosikal juga turut disediakan oleh MPKj untuk memudahkan penunggang motosikal serta perjalanan mereka lebih selamat dan melalui hasil maklum balas responden mengatakan ia dalah efisien. Kemudahan stesen bas dan teksi yang banyak di ketiga-tiga Bandar memperlihatkan keefisenan Majlis Perbandaran Kajang dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat. Kemudahan lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara serta pelabuhan, pengangkutan kargo dan kapal persiaran di kawasan kajian adalah kurang dan kebanyakan responden memberi pendapat tiada komen dalam kemudahan pengangkutan ini kerana di tempat mereka tiada pengangkutan dan kemudahan seperti ini.


perdagangan

Seterusnya dalam bahagian perdagangan hasil keseluruhan analisis mendapati bahawa secara keseluruhannya mendapati bahawa perdagangan di Bandar Kajang, bandar Baru Bangi dan Semenyih adalah efisien. Ia meliputi pusat membeli belah, kedai perabot,pasar, medan selera, perbankan, perkhidmatan insurans, stesen minyak, pusat servis kenderaan dan sebagainya adalah efisien. Bagi mereka kemudahan yang dinyatakan diatas mudah di dapati dan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.

Perkilangan dan perindustrian
Majoriti responden mengatakan perkilangan dan perindustrian sebagai efisien. Hal ini kerana banyak pembinaan kilang untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan penduduk dari negeri lain untuk bekerja. Kebanyakan kilang tertumpu kepada Bandar Bangi kerana kawasan ini dikenali sebagai kawasan perindustrian. Pembangunan industri perkhidmatan membuka peluang kepada penduduk tempatan dan penduduk yang datang ke kawasan ini untuk bekerja. Pengambilan tenaga kerja yang ramai menggalakkan lagi tumpuan penduduk untuk bekerja di kawasan perkilangan. Hal ini disebabkan pengiklanan peluang pekerjaan yang meluas di media massa terutama surat khabar mengenai peluang pekerjaan menggalakan anak-anak muda berhijrah ke kawasan ini kerana peluang pekerjaan yang banyak dan mampu menampung ramai pekerja disebabkan banyak terbinanya kilang-kilang.

Perlancongan dan budaya

Responden yang telah kami temui di ketiga-tiga bandar menyatakan bahawa perlancongan dan budaya di kawasan ini kurang efisien. Kawasan perlancongan yang kurang menyebabkan kawasan tiada daya tarikan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi. Kawasan perlancongan yang ada tidak dikenali ramai dan hanya diketahui oleh sebilangan penduduk. Kawasan tersebut tiada promosi menyebabkan kawasan perlancongan yang mampu menarik pelancong supaya melancong di kawasan tersebut tiada. Kajang hanya dikenali oleh pelancong kerana terdapatnya makanan satay yang terkenal di Malaysia. Satay Hj Shamuri sangat terkenal di Kajang dan merupakan produk perlancongan yang berjaya menarik perlancong untuk melancong di Kajang. Perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi menggalakan aktiviti perlancongan. Namun begitu, produk perlancongan yang kurang di ketiga-tiga kawasan meyebabkan aktiviti perlancongan yang mampu menarik pelancong kurang mendapat sambutan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kualiti aktiviti perlancongan kurang efisien disebabkan tindakan daripada pihak berwajib untuk memajukan perlancongan di kawasan pentadbirannya kurang malah tiada pun aktiviti perlancongan yang mampu menarik perlancong sama ada pelancong dalam Negara ataupu luar Negara. Kawasan yang mampu menarik perlancongan tidak dibangunkan dan dibiarkan sahaja kawasan tersebut diliputi dengan semak samun.

Perumahan
Pembinaan perumahan yang banyak pada hari ini menggambarkan bahawa permintaan penduduk terhadap perumahan amat menggalakkan dan penawaran yang dibuat oleh pihak berkuasan juga menggalakkan. Penawaran perumahan pelbagai jenis menggambarkan bahawa pihak kontraktor yang membina rumah ini mementingkan pengguna kerana mampu menyediakan perumahan berdasarkan pendapatan isi rumah. Hal ini kerana terdapatnya pembinaan rumah mengikut jenis iaitu perumahan kos rendah, sederhana , dan mewah. Semua penduduk boleh membeli rumah berdasarkan pendapat mereka. Kemudahan masyarakat yang lengkap di kawasan perumahan menggalakan lagi pembinaan perumahan. Namun begitu, sistem peparitan yang kurang efisien menyebabkan berlakunya masalah banjir dan penyakit berjangkit yang bahaya kepada penduduk. Harga rumah yang mahal di kawasan Bandar menyebabkan responden tidak berpuas hati kerana pendapatan mereka tidak mampu untuk membeli rumah tersebut. Rata-rata responden mempunyai pendapat yang sederhana berbadning harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal.

Keselamatan dan kawalan
Hasil kajian di ketiga-tiga Bandar mendapati responden mengatakan keselamatan dan kawalan berada pada tahap efisien. Hasil daripada kajian kami mendapati bahawa responden tidak mempunyai pendapat mengenai polis pelancong kerana kurangnya aktiviti perlancongan atau lebih tepat lagi tiada produk perlancongan yang menarik untuk adanya polis pelancong. Kami mendapati bahawa vandalisme masih lagi terdapat di kawasan kajian. Hasil daripada kajian, kami mendapati bahawa vendalisme mempunyai keputusan yang hampir sama iaitu efisien dan kurang efisen. Hal ini disebabkan masih ada lagi vandalisme walaupun terdapatnya kawalan oleh pihak berwajib. Kawalan penyakit berjangkit dan pencegahan denggi pada tahap efisien. Namun, terdapat responden yang memberitahu bahawa pihak hanya ambil tindakan susulan selepas terjadinya sesuatu kes. Mereka mengharapkan pihak berkuasa membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya menjamin tahap kesihatan penduduk. Salah seorang responden yang kami temui menceritakan bahawa rumh jirannya pernah dimasuki dan tempoh pihak polis sampai ketempat kejadian selama satu jam dan membolehkan pencuri melarikan diri. Responden ini tidak berpuas hati dengan kecekapan pihak polis dalam menangani masalah ini.

Governans
Keseluruhan responden berpendapat governans pada tahap efisien. Ini terbukti dengan setiap pandangan responden. Namun begitu majoriti responden tidak mengetahui apa itu Program Agenda 21 disebabkan kurangnya penerapan tentang program ini. Program ini adalah program pembangunan mampan dan pembangunan lestari yang ingin dibangunkan oleh Negara kita. Pembangunan kawasan terbiar di kawasan ini menyebabkan responden kami memilih keefisienan program tersebut kerana mampu untuk memberi kemajuan pembangunan di kawasan ini. Responden juga tidak mengetahui tentang pusat sehenti pelaburan kerana tidak diberi pendedahan oleh pihak yang berkaitan.

Alam sekitar

Majoriti responden berpendapat bahawa kawasan yang mereka duduki adalah efisien dari sudut alam sekitar. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan keefisienan kawasan responden kurang efisien iaitu dari segi kualiti air sungai dan kawasan banjir dan mudah tenggelam. Hal ini kerana sungai pada hari ini telah tercemar dengan sisa-sisa sampah sarap ataupun sisa-sisa dari perkilangan. Air sungai menjadi keruh kerana terdapatnya pembangunan di kawasan sekitar sungai. Pembuangan sampah sarap oleh orang yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai menggalakkan lagi pencemaran. Air sungai kini tidak boleh lagi untuk diminum kerana dikhuatiri mempunyai bakteria yang merbahaya kepada tubuh manusia. Kawasan tempat tinggal penduduk mudah mengalami banjir apabila hujan turun dengn lebat dan lama. Kawasan banjir dan mudah tenggelam kurang efisien kerana sesetengah kawasan mudah mengalami banjir walaupun hujan turun dengan sekejap. Responden juga tidak mengetahui tentang pusat maklumat bencana untuk mendapatkan maklumat sekiranya berlaku sesuat bencana. Responden juga tidak didedahkan dngan program tersebut sehingga menyebabkan mereka tidak mengetahui kepentingan maklumat bencana.

Perkhidmatan secara online/e-governans

Perkhidmtatan secara omline/e-governans msih baru bagi kehidupan sesetengah responden. Majoriti responden memberikan tiada komen kerana tidak pernah menggunakan perkhidmatan secara online kerana selama ini mereka menggunakan scara manual iaitu dengan mendapatkan borang ataupun membayar cukai dan lesen di pejabat kerajaan yang berkenaan. Kebanyakan responden memberitahu mereka tidak pandai menggunakan computer dan menganggap perkhidmatan secara online sangat susah berbanding secara manual. Sesetengah responden memberitahu mereka senang dengan perkhidmatan ini kerana boleh dibuat dimana-mana dan pada bila-bila masa. Kebanyakan responden yang berkejaya menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dan menganggap perkhidmatan ini bagus kerana mereka boleh melayarinya pada bila-bila masa.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Bangsa
Dalam melakukan kajian projek efi-city di Kajang, kami telah mendapatkan 45 orang responden yang terdiri daripada 29 orang responden lelaki (64.4%) dan 16 orang responden perempuan (35.6%). Umur responden yang terlibat pula bermula umur 17 sehimgga 66 tahun dan bangsa Melayu mencatatkan jumlah responden terbanyak iaitu seramai 17 orang (37.8%), Cina 15 orang (33.3%),India sebanyak 11 orang (24.4%) manakala bangsa lain-lain sebanyak 2 orang (4.4%).





Tahap Pendidikan

Bagi tahap pendidikan dalam kalangan responden pula, terdapat 3 orang responden yang tidak bersekolah iaitu mewakili 6.7% daripada jumlah keseluruhan responden. 8 orang (17.8%) mendapat pendidikan sehingga ke peringkat PMR, 19 orang (42.2%) SPM dan 4 orang (8.9%) sehingga peringkat STPM. Manakala responden yang mempunyai tahap pendidikan Diploma adalah seramai 7 orang atau 15.6% dari keseluruhan, peringkat Ijazah Pertama 3 orang (6.7%), dan lain-lain 1 orang (2.2%). Secara keseluruhannya, responden kami terdiri daripada mereka yang mendapat tahap pendidikan sehingga peringkat SPM dan bagi mereka yang tidak bersekolah/sekolah rendah adalah terdiri daripada responden yang telah berumur.





Negeri Asal
Rata-rata responden yang terlibat merupakan penduduk yang sememangnya berasal dari negeri Selangor sendiri iaitu sebanyak 57.8% iaitu melebihi separuh dari jumlah keseluruhan responden.




Tempat tinggal semasa

Dalam melakukan kajian ini, kami mendapatkan responden yang tinggal di daerah kajang mengikut pecahan bandar iaitu seramai 23 orang di bandar kajang, 14 orang di semenyih dan 8 orang di kawasan bangi.

video kawasan kajian kami

Monday, November 17, 2008

vandalisme vs grafik






KAJANG- Kalau dilihat sekali imbas tulisan graviti memang cantik yang dibuat oleh anak-anak muda hari ini. Namun begitu kretifan anak-anak muda dalam mencurahkan minat mereka dibuat pada tempat yang salah. Menulis pada dinding bangunan amat mencemarkan pandangan.

Pihak berkuasa perlu menyediakan tempat yang sesuai kepada anak-anak muda dalam mencurahkan idea mereka kepada dinding.

keselamatan




KAJANG- Pembinaan lampu isyarat pelu diadakan kerana dapat mengurangkan kemalangan terutamanya pada waktu malam. Responden yang saya temui berkata, beberapa tahun dahulu terdapat kemalangan di kawasan ini. Beliau melihat sendiri kejadian tersebut dan beliau mengharapkan pihak berwajib mempercepatkan pembinaan lampu isyarat tersebut. Kemalangan juga mungkin akan berlaku pada waktu malam kerana pencahayaan pada waktu malam yang kurang.


Kami telah pergi ke Kajang dengan menaiki bas mini yang melalui kawasan luar UKM. Bas yang kami naiki ini sudah berusia dan lama. Jalanraya yang kami lalui berlopak dan amat bahaya kepada penunggang motosikal pada waktu malam.

Kompleks Perhentian Kajang mempunyai kemudahan seperti perehntian bas, teksi, pembelian tiket, dan sebagainya. Kompleks ini menjadi tumpuan bagi mereka yanga ingin pulang ke kampung, pasar malam dan yang paling penting majoriti yang datang ke Kajang adalah pelajar UKM

bas dan teksi




KAJANG- Pembinaan perhentian bas dan teksi memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan kemudahan awam yang menjadi semakin penting pada hari ini.

KAJANG




kajian kami diteruskan di KAJANG. Pembangunan yang terdapat di Kajang memberi kesan negatif dan positif terhadap pembangunan di kawasan ini. Pelbagai pendapat daripada responden mengenai Kajang.

jejantas





BANGI- Pihak berwajib pelu membina jejantas untuk kemudahan penduduk setempat dari tempat kediaman ke perhentian bas dan teksi. Pembinaan ini perlu supaya menjamin keselamat penduduk untuk melintas jalan supaya sampai ke tempat yang ditujui.

"Jagalah Kebersihan Tandas Kita"




Tandas merupakan kemudahan asas yang perlu ada disetiap kawasan. Tandas yang cantik membolehkan penggunan berasa selesa menggunakan kemudahan asas ini. Pengguna perlulah menjaga kemudahan asas ini supaya dapat digunakan oleh masyarakat yang memerlukan. "Jagalah Kebersihan Tandas Kita"

sampah lagi.....



Pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab oleh penduduk kawasan ini akan mengundang masalah bau dan wabak penyakit. Penduduk kawasan ini perlu mempunyai kesedatan tentang pembuangan sampah di kawasan yang sepatutnya. Kawasan ini juga akan tercemar dengan pemandangan yang tidak menarik iaitu pemancangan sampah.

Pihak berwajib perlulah menyedikan tempat membuang sampah yang secukupnya untuk mengelakkan penduduk membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya.

Pihak berwajib perlulah mengadakan kempen atau ceramah tentang pembuangan sampah supaya masyarakat tahu tentang bahayanya sampah yang tidak dibuang ditempat yang betul

air....air.....air.....




BANGI- Penduduk di kawasan ini dibelenggu dengan masalah air. Ketiadaa air yang tiada pemberitahuan awal menyebabkan penduduk tidak sempat untuk menyimpan air untuk kegunaan harian. Masalah air juga menjadi punca ketidakselesaan penduduk. Mereka meminta pihak berwajib supaya memberi notis awal sekiranya ingin menutup air di kawasan tersebut. Pemberitahuan ini perlu supaya penduduk boleh membuat persediaan sekiranya ketiadaan air.
Pihak berwajib perlulah merancang setiap penyelenggaraan yang dirancang supaya tindakan tersebut tidak memberi kesan kepada penduduk sekitar dan penduduk di kawasan pentadbiran PBT tersebut

sampah oh sampah....




BANGI- gambaran yang jelas menunjukkan masalah pungutan sampah oleh pihak berkaitan. Masalah bau akibat daripada masalh pmungutan sampah ini telah menyebabkan penduduk di kawasan ini menghadapi masalh. Masalah pungutan sampah yang tidak sistematik menyebabkan sampah sarap yang dibuang semakin bertambah banyak. Penduduk di kawasan ini membuang sampah di luar kawasan tong sampah ini kerana sampah yang bertimbun di dalam tong smpah.

Pihak berkuasa perlu memantau pengurusan sampah supaya masalah bau tidak berlaku.
Responden yang telah kami temui mencadangkan supaya pihak berwajib memantau dan menggangkut sampah ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari supaya keselesaan penduduk kawasan ini daripada bau sampah dapat diatasi.

Pemandangan yang tidak menarik dan mencemarkan kawasan ini akibat sistem pemungutan sampah yang tidak cekap akan mendatang persepsi negatif daripada orang ramai mengenai penduduk kawasan ini.

Pihak berwajib perlu memandang perkara ini dengan serius supaya dapat mengelakkan berlakunya penyakit yang merbahaya kepada penduduk kawasan ini khususnya dan kawasan di bawah pentadbirannya

bas.....



Gambar ini menunjukkan tempat perhentian bas di salah sebuah kawasan di Bangi. Perhentian ini kecil dan akan menjadi sempit apabila banyak bas yang berhenti untuk mengambil penumpang.

Kajian....




ini adalah kumpulan saya. Kami telah mendapat tugasan untuk melihat pembangunan di bawah pentdbiran PBT masing-masing. Kami telah mendapat tugasan untuk mengkaji di pembnagunan di bawah Majlis Perbandaran Kajang(MPKj). Kami telah memilih tiga buah kawasan di bawah PBT ini untuk menjalankan kajian ini. Kajang, Bangi dan Semenyih merupakan kawasan yang telah kami pilih untuk menyelesaikan kajian "Perspektif Awam Terhadap Tahap Keefisienan Bandar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan".
Polis guna penguatkuasaan kreatif kurang nahas

KUALA LUMPUR: Ops Sikap Ke-17 sempena Aidilfitri memberi tumpuan kepada 28 daerah dikenal pasti menyumbang 50 peratus kemalangan jalan raya sepanjang tahun ini.

Statistik Bukit Aman menunjukkan 245,779 kemalangan berlaku antara Januari hingga bulan lalu.

Tiga belas daerah yang menyumbang kemalangan paling tinggi dalam tempoh itu adalah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Georgetown, Ipoh, Seremban, Seberang Prai Tengah, Johor Bahru Selatan, Shah Alam, Kajang, Melaka Tengah dan Gombak.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata Selangor negeri yang mempunyai daerah paling banyak mencatat kemalangan tinggi berbanding negeri lain.

"Sehubungan itu, pengawasan di 28 daerah berkenaan akan dipertingkatkan untuk memastikan kes kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya secara keseluruhan, terutama sepanjang Ops Sikap Ke-17 yang bermula 24 September hingga 8 Oktober ini," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Lebuh Raya sempena Aidilfitri di Plaza Tol Mines Selatan di Seri Kembangan dekat sini, semalam.
Beliau mewakili Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, merasmikan kempen anjuran syarikat konsesi Besraya (M) Sdn Bhd dan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas).

Hamza berkata, melalui Ops Sikap Ke-17 yang akan membabitkan 5,000 anggota trafik dan tugas am, pihaknya memperkenalkan pendekatan baru dinamakan 'Penguatkuasaan Kreatif'.

"Penguatkuasaan Kreatif ini bercorak pembelaan. Di samping menguatkuasakan undang-undang, kita turut memberi nasihat," katanya.
Operasi potong air di Kuala Selangor, Gombak


KUALA LUMPUR Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air secara besar-besaran bagi akaun tertunggak di Kuala Selangor dan Gombak bermula pada 22 hingga 30 September.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi tersebut akan dilakukan secara menyeluruh dalam tempoh itu.

Menurutnya, kawasan yang terlibat dengan operasi pemotongan di Kuala Selangor ialah Taman Kuala Selangor Utama, Teluk Piah, Jalan Rawang, Sungai Rambai Batang Berjuntai, Taman Kilauan, Taman Suria, Taman Pancaran, Jalan Merdeka, Kampung Sentosa, pekan Batang Berjuntai, Sungai Darah dan Taman Sinaran Bulan, kawasan Rantau Panjang, kawasan Pasir Penambang, Kampung Ujung Permatang, Batu 5-6 1/2 Tanjung Karang, pekan Tanjung Karang, Kampung Sungai Yu, Taman Damai Dua.

Beliau menambah kawasan lain yang turut terlibat adalah Ulu Seri Tiram Jaya, Sungai Gulang-Gulang, Taman Suria Indah, Jalan Bagan Pasir, Tanjung Karang, Kampung Adam, Tanjung Karang, Sungai Tenggi Kanan, Sungai Tenggi Kiri, Jalan Sungai Kajang, Rumah Murah Jalan Bomba, Bagan Tengkorak, Jalan Jepun, kawasan Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut, Parit 4 Sungai Burong, Sungai Burong Laut dan kawasan Sawah Sempadan.

Abdul Halem berkata, bagi kawasan Gombak, tempat yang terlibat meliputi Kampung Tasek Tambahan, Tasek Permai, Taman Mulia Jaya, Kampung Ampang Indah, Kampung Indah Mulia, Kampung Ampang Campuran, Lembah Jaya, Taman Dagang, Taman Saujana Ampang, Taman Kesuma, Taman Watan, Bandar Baru Ampang, Taman Cahaya, Taman Ampang Mewah dan Ampang Utama.

Tambahnya, kawasan lain ialah Taman Kosas, Kampung Melayu Ampang, Taman Datuk Ahmad Razali, Kampung Pasir, Kampung Kemensah, Ukay, Bukit Antarabangsa, Taman Melawati dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
Justeru, beliau berharap orang ramai yang mempunyai akaun tertunggak di kawasan-kawasan yang terlibat supaya membayar bil air mereka dengan segera bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan pemotongan.

“Pembayaran bukan sahaja boleh dilakukan melalui internet malah di beberapa kaunter di 10 pejabat Syabas, kaunter bukan bank seperti pejabat pos, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).
ARKIB : 13/02/2008

Semenyih dimaju secara berperingkat
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI


SEMENYIH 12 Feb. – Pembangunan bandar Semenyih akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi menyelaraskan kemudahan infrastruktur serba lengkap kepada penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor berkata, perancangan pembangunan tersebut merangkumi pelebaran jalan, kemudahan infrastruktur, kelengkapan kemudahan asas serta pembangunan sekitar penempatan penduduk.

Beliau berkata, walaupun bandar Semenyih lambat membangun, kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sentiasa mencari inisiatif untuk memajukan kawasan tersebut bagi keselesaan penduduk.
“Kawasan Semenyih telah maju berbanding lima tahun dahulu di mana kerajaan negeri telah membesarkan kawasan Semenyih Central seluas 12 hektar dan ditempatkan terminal bas di situ.

“Selain itu, terdapat juga Markas Pasukan Gerakan Am serta cawangan Universiti Nottingham telah dibina di sini.
“Jadi kerajaan negeri mempunyai perancangan yang jelas untuk jangka masa panjang bagi membangunkan kawasan sekitar Semenyih ini. Cuma pembanguan tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat dan dengan perancangan teliti,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai masalah kekurangan kemudahan infrastruktur serta kesesakan di Semenyih.
Penduduk mendakwa, terdapat sesetengah kawasan masih tidak mempunyai kemudahan lampu isyarat walaupun kawasan tersebut sering berlaku kemalangan.

Selain itu, mereka mendakwa sistem lalu lintas di bandar tersebut tidak efisien kerana keadaan di Semenyih masih sesak seperti lima tahun dahulu.
Menurut Ahmad Kuris, bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di kawasan tersebut, jalan di kawasan itu akan dinaik taraf dan susur keluar masuk juga akan diubah.

“Sebuah jambatan bernilai RM6 juta akan dibina merentasi Sungai Semenyih menuju ke simpang Jalan Broga.
“Selain itu, kita akan menaik taraf serta melebarkan jalan di kawasan ini secepat mungkin bagi melicinkan keadaan lalu lintas serta memberi keselesaan kepada penduduk Semenyih khususnya.

“Jadi saya amat berharap penduduk faham situasi ini bagi memudahkan perancangan pembangunan di Semenyih ini berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya.
Ditanya mengenai bangunan terbengkalai dan masalah ketiadaan lampu isyarat di bandar Semenyih, beliau menjawab:
“Kebanyakan tanah di kawasan ini hak milik persendirian, jadi kerajaan negeri dan majlis tidak mempunyai sebarang hak untuk menguruskannya.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan cuba mengambil alih tanah tersebut dan diberikan hak milik supaya kawasan tersebut dilengkapkan dengan kemudahan serta dapat membangunkannya kembali,” ujarnya.
ARKIB : 06/03/2008

MPKj ‘pecah masuk’ rumah tinggal


KAJANG Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan mengadakan operasi “pecah masuk” ke rumah-rumah kosong dan terbiar di kawasan pentadbirannya bagi membanteras wabak denggi.

Yang Dipertuanya, Datuk Hassan Nawawi Abd. Rahman berkata, tindakan tersebut terpaksa dilaksanakan bagi membantu usaha mengurangkan kes demam denggi di daerah itu.
“Secara purata, terdapat 10 hingga 15 kes demam denggi dicatatkan berlaku di sini sebulan.
“Jumlah ini perlu dikurangkan dan alternatif ini dijangka dapat membantu usaha tersebut,” katanya pada Mesyuarat Penuh Bulanan di Bangunan MPKj di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, rumah kosong, terbiar dan terbengkalai memang telah dikenal pasti menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
“Kita akan memasuki premis atau rumah tinggal bagi membuat pemeriksaan dan semburan asap mencegah pembiakan nyamuk aedes.
“Ia akan dimulakan dengan rumah tinggal yang ada di Taman Tasik Kesuma dan Taman Tasik Semenyih,” katanya.

Tambah Hassan, tindakan MPKj itu tidak menyalahi undang-undang kerana pihak berkuasa memang dibenarkan masuk ke kawasan yang tidak berpenghuni jika mengesyaki kawasan itu menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
Katanya, pemilik rumah akan dikenakan caj sebanyak RM20 bagi kos membuka kunci pintu rumah yang terbabit dalam operasi itu nanti.

“Bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam cukai taksiran manakala bagi rumah yang terbengkalai atau belum bertuan, pemaju bertanggungjawab membayar kos tersebut,” ujarnya.
ARKIB : 03/07/2008

Pulihkan jejantas gelap
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN


KAJANG 2 Julai - Di kawasan-kawasan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan, jejantas pejalan kaki sememangnya amat diperlukan kerana ia akan memudahkan penduduk melintas dengan selamat dan pantas.

Walaupun ada jejantas yang kedudukannya agak jauh dari kawasan tumpuan penduduk dan mereka perlu memanjat tangga untuk menggunakannya tetapi ia lebih berbaloi daripada mempertaruhkan nyawa untuk melintas jalan.
Itulah yang dirasakan oleh penduduk Taman Saujana Impian di sini yang ternyata amat bersyukur kerana disediakan dengan kemudahan itu berikutan jalan di taman perumahan itu kini semakin sibuk.

Sejak jalan pintasan Kajang-Semenyih dibuka pada tahun 2004 lalu, jalan utama Saujana Impian digunakan oleh semakin banyak kenderaan termasuk kenderaan berat.
Jalan tersebut yang kini bersambung dengan Lebuh raya Cheras-Kajang dijangka bertambah sesak apabila Lebuh raya Kajang-Seremban siap tidak lama lagi.

Dengan adanya kemudahan jejantas itu, penduduk kawasan itu tidak risau lagi untuk ke masjid atau pusat beli-belah yang berada di seberang jalan taman perumahan itu.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, jejantas tersebut sudah bertukar menjadi satu perangkap jenayah terutama pada waktu malam kerana keadaannya yang gelap.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan jejantas itu yang gelap juga boleh mengundang kemalangan kepada pejalan kaki kerana ia turut digunakan oleh penunggang motosikal.

Namun, kemudahan untuk penunggang motosikal itu ada kalanya memberi 'kemudahan' kepada penjenayah melakukan kegiatan mereka.
Penjenayah yang menggunakan motosikal akan dengan mudah melarikan diri selepas meragut atau mencabul kehormatan di atas jejantas itu kerana sudah tersedia laluan dan keadaannya yang gelap.

Tinjauan mendapati terdapat jumlah lampu yang mencukupi di jejantas itu tetapi kesemuanya tidak menyala.
Keadaan di situ bertambah gelap kerana sepanjang jalan utama Saujana Impian itu sejauh kira-kira tiga kilometer tidak mempunyai lampu jalan walaupun ada tiang lampu pada jarak setiap 50 meter.

Cahaya di jalan itu hanya bergantung kepada lampu kenderaan sahaja dan keadaan itu ternyata membahayakan penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Menurut penduduk, lampu jalan di sepanjang jalan itu mungkin ada masalah pendawaian dan perlu ditukar segera.
Kata mereka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pernah memperbaiki keseluruhan lampu jalan di situ tetapi dalam masa dua tiga hari sahaja, semuanya sudah tidak menyala lagi.

Kata mereka, MPKj juga ada memasang iklan berlampu pada tiang lampu di jalan berkenaan tetapi ia tidak membawa makna pada waktu malam kerana tidak menyala.
Penduduk Taman Saujana Impian berharap MPKj bertindak pantas memperbaiki masalah berkenaan bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah.

Seorang penduduk, Mohd. Shahir Hashim, 23, berkata, rakannya pernah menjadi mangsa peras ugut semasa berjalan kaki melalui jejantas berkenaan pada pukul 11 malam.
Dalam kejadian itu, katanya, rakannya itu kehilangan sejumlah wang tunai serta telefon bimbit dan semenjak itu, rakannya tidak berani lagi menggunakan jejantas itu pada waktu malam.

"Kalau ada lampu, saya rasa insiden tersebut mungkin tidak terjadi.
"Saya tidak faham mengapa MPKj tidak peka dengan masalah lampu di jejantas dan jalan Saujana Impian sedang kawasan ini sudah semakin sibuk,'' katanya.
Muhd. Tajudin Yusoff, 41, yang sering berulang alik menggunakan jejantas berkenaan untuk pergi ke tempat kerja berpendapat, MPKj harus memandang berat terhadap aspek keselamatan penduduk di situ.

"Hampir semua penduduk di sini menggunakan jejantas ini kerana ia lebih mudah untuk ke kawasan bersebelahan dan berharap MPKJ tidak terlepas pandang dalam soal ini,'' tegasnya.
Katanya, dia juga sering mendengar pelbagai kes peras ugut berlaku di atas jejantas itu, malah ada di antara rakan-rakannya yang pernah menjadi mangsa.
"Mereka tiada pilihan untuk tidak menggunakan jejantas ini walaupun pernah diperas ugut, lihatlah jalan utama di sini yang sentiasa sibuk dengan kenderaan,'' katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Rahmat Ahmad, 39, pula berkata, rakan isterinya pernah dicabul oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab semasa menggunakan jejantas itu.

Ekoran itu, dia tidak membenarkan isterinya menggunakan jejantas itu tanpa pengetahuannya atau tanpa diiringi oleh orang lain terutama pada waktu malam.
"Saya takut terjadi apa-apa yang tidak baik. Mula-mula mungkin cabul tetapi lama-kelamaan mungkin ragut, peras ugut atau jenayah serius yang lain," katanya.
Dia mahu MPKj melakukan usaha pembaikan secepat mungkin termasuk menggantikan beberapa tiang lampu jalan yang telah tumbang akibat dilanggar kenderaan.
ARKIB : 19/07/2008

Penduduk mahu padang dibaiki
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN



KAJANG 18 Julai - Penduduk-penduduk Bandar Tun Hussein Onn dekat sini berharap padang awam di kawasan perumahan itu yang telah rosak sejak satu setengah tahun yang lalu diperbaiki segera oleh pihak pemaju atau pihak berkuasa tempatan.
Padang awam tersebut sering digunakan oleh penduduk terutama di Fasa Suasana untuk bermain bola sepak dan berjoging sebelum terbiar berikutan permukaannya yang tidak rata dan berbahaya untuk digunakan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sesetengah bahagian padang itu sudah kehilangan rumput dan berlopak-lopak manakala pon- dok rehat berhampiran menjadi mangsa vandalisme.

Malah, keadaan padang yang terbiar itu menyebabkan semak-samun sudah meninggi manakala pokok-pokok tumbuh meliar sehingga menyakitkan mata memandang.
Wakil penduduk yang ditemui, Mohd. Jamil Adnan, 46, berkata, penghuni di situ amat memerlukan kawasan untuk beriadah dan sejak padang itu tidak boleh digunakan, banyak kegiatan sosial tidak dapat dilakukan.
"Kami amat mengharapkan pihak pemaju atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dapat membaiki kerosakan ketara di padang ini demi kebajikan penduduk Bandar Tun Hussein Onn.

"Hubungan penduduk di sini dapat dipereratkan sekiranya padang di sini dibaik pulih kerana kami semua dapat juga bersukan atau mengadakan kegiatan sosial lain seperti mengadakan ceramah keagamaan atau perjumpaan penduduk,'' katanya.
Tambahnya, pondok berhampiran padang terbabit serta landskap padang awam berkenaan juga perlu diperbaiki dan dihias semula supaya penduduk boleh menggunakannya dengan selesa.

"Ranting-ranting pokok yang sudah tumbuh meliar dan semak-samun di sini perlu dibersihkan oleh MPKj,'' katanya.
Selain itu, beliau turut meminta supaya satu dewan orang ramai dibina untuk penduduk terutamanya di Fasa Suasana supaya boleh dijadikan pusat aktiviti setempat.

"Sukar kepada penduduk di sini untuk melakukan apa-apa perjumpaan. Sekarang ini, sebarang perbincangan program kemasyarakatan banyak dilakukan di masjid tetapi sukar untuk masyarakat bukan Islam untuk menyertainya,'' jelas beliau.
Beliau berkata, penduduk di sini amat memerlukan kemudahan riadah dan tempat bersosial, bukannya setakat rumah yang selesa semata-mata,'' katanya.
ARKIB : 01/08/2008

Ahli Majlis MPKj dapat peruntukan RM5,000

KAJANG 31 Julai - Seramai 23 orang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dijangka menerima peruntukan RM5,000 setiap seorang bagi memudahkan mereka menganjurkan pelbagai program bersama penduduk.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, jumlah peruntukan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan tidak lama lagi untuk diluluskan.

Menurutnya, pada tahun lalu, MPKj memberikan RM10,000 setahun bagi setiap seorang Ahli Majlis.
Bagaimanapun, ujarnya, memandangkan pelantikan ahli majlis kali ini dibuat pada pertengahan tahun, maka peruntukan tersebut dikurangkan kepada setengah daripada jumlah pada tahun lalu.
"Pemberian peruntukan ini adalah perkara biasa setiap kali pelantikan ahli majlis baru dibuat, cuma jumlahnya berbeza memandangkan sekarang telah hampir penghujung tahun.
"Namun, saya percaya jumlah tersebut mencukupi untuk ahli majlis tersebut menjalankan aktiviti bersama masyarakat di zon masing-masing.

"Bagaimanapun, mereka harus menunggu keputusan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat terlebih dahulu untuk menentukan jumlah yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPKj di sini semalam.
Sementara itu, Hasan Nawawi memberitahu, Ahli Majlis MPKj akan mewakili 24 zon yang telah ditetapkan di seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.
Tambahnya, sebelum ini, hanya terdapat 18 zon sahaja tetapi memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak memegang jawatan ahli majlis kerana menumpukan kepada DUN mereka, maka tambahan zon perlu dilakukan.

"Pada tahun ini, semua zon perlu dilantik wakil bagi memudahkan Ahli Majlis mengetahui masalah penduduk di kawasan terbabit," jelasnya.
ARKIB : 17/11/2007

MB: Perkhidmatan kaunter MPKj seperti tahun 70-an
Oleh NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN

KAJANG 16 Nov. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kecewa dengan prestasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terutama perkhidmatan kaunternya yang disifatkan seperti keadaan tahun 70-an.
Mohamad Khir yang mengadakan lawatan mengejut ke pihak berkuasa tempatan (PBT) itu ternyata tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di situ, terutamanya apabila melihat lebih 30 pengunjung sedang menunggu giliran untuk bertemu kakitangan yang bertugas di kaunter terbabit.

Lebih mendukacitakan beliau ialah apabila mendapati hanya ada dua kaunter perkhidmatan dibuka sedangkan terdapat enam kaunter disediakan.
‘‘Selain mutu perkhidmatan di kaunter, sistem fail di MPKj juga tidak teratur,’’ katanya pada sidang akhbar selepas lawatan mengejut itu di sini hari ini.
Turut mengiringi Menteri Besar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud dan Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abd. Rahman.
Pada sesi lawatan tersebut, Mohamad Khir melawat semua unit bagi meninjau prestasi dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan MPKj.

Menurut Mohamad Khir, MPKj perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya kerana produktiviti PBT itu berada pada tahap yang lemah.
‘‘Kita akan mengadakan tahun produktiviti negeri Selangor pada tahun hadapan dan saya harap MPKj berjaya mempertingkatkan semula kualiti mereka,’’ ujarnya.
Kata beliau, tiada alasan untuk mereka tidak boleh memberikan komitmen yang baik kerana kerajaan negeri telah memberi pelbagai bantuan dan insentif seperti menaikkan gaji kakitangan MPKj.

‘‘Saya akan meneruskan lawatan mengejut seperti hari ini ke semua jabatan kerajaan yang lain.
‘‘Kita bukan mahu mencari kelemahan dengan mengadakan lawatan seperti ini tetapi apa yang kita mahu supaya perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan-jabatan ini sentiasa berada pada tahap yang baik,’’ katanya.
ARKIB : 19/01/2008

Kajang sesak, merimaskan
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

KAJANG 18 Jan. – Masalah kesesakan jalan di sekitar bandar Kajang telah menjadi pemandangan biasa bagi penduduk di bandar tersebut.
Ada yang berpendapat, masalah tersebut sudah tiada jalan penyelesaiannya.
Setiap hari kawasan itu akan mengalami kesesakan yang teruk terutamanya pada sebelah pagi dan petang.

Walaupun telah banyak kali masalah tersebut dilaporkan oleh pihak media namun masalah itu masih tidak berkurangan.
Apa yang lebih memeranjatkan, kenderaan awam seperti bas dan teksi adalah penyumbang utama kepada masalah kesesakan tersebut.

Walaupun papan tanda melarang pemandu bas dan teksi menunggu penumpang di kawasan tersebut, namun papan tanda itu hanya menjadi perhiasan sahaja bagi mereka.
Keadaan pondok bas yang berhampiran selekoh menyebabkan kesesakan lebih teruk berlaku di kawasan tersebut.

Beberapa buah bas yang menunggu penumpang menjadikan pemandangan kawasan itu tidak ubah seperti di stesen bas padahal ia hanya sebuah pondok bas biasa sahaja.
Itu belum lagi bas yang mengambil dan menurunkan penumpang di tengah jalan yang menghalang perjalanan pengguna lain.
Tambah pula, deretan teksi di tepi-tepi jalan berhampiran bas menambahkan kesesakan yang sedia ada.

Beberapa pemandu teksi yang ditemui, memberitahu bahawa mereka tiada pilihan lain selain daripada menunggu penumpang di situ kerana tempat tersebut menjadi tumpuan orang ramai.

‘‘Kami tahu tempat ini dilarang meletak kenderaan dan menunggu penumpang, namun kami tiada pilihan lain kerana tempat ini ramai orang.
‘‘Kalau di tempat lain, susah nak dapat penumpang. Lagipun disini berhampiran dengan pasar raya, jadi orang pun ramai.
‘‘Kami tidak kisah sekiranya tempat ini dipindahkan tetapi kami harap kerajaan dapat menyediakan kawasan untuk kami menunggu penumpang,’’.
Bukan itu sahaja, situasi itu semakin buruk apabila ada segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan.
Apabila perkara itu berlaku, kebanyakan pemandu mula hilang sabar dan menyebabkan mereka memandu secara merbahaya.

Mangsa sudah pastinya pejalan kaki yang menggunakan laluan tersebut.
Selain itu, keadaan jalan yang sempit dan dikelilingi dengan bangunan lot-lot kedai yang menjadi tumpuan pengunjung menambahkan lagi kesesakan jalan tersebut.
Struktur jalan lama yang berusia lebih 20 tahun itu menyebabkan jalan tersebut mempunyai banyak simpang kecil di mana kenderaan keluar dan masuk.
Oleh sebab itu, keadaan akan menjadi sesak apabila kenderaan dari jalan utama terpaksa memberi laluan kepada kenderaan berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan, kesesakan tersebut menjadi lebih teruk apabila tiba hujung minggu, cuti umum dan hari perayaan.
Kebanyakan pada hari cuti, lebih ramai pengguna akan memasuki bandar tersebut dan sudah semestinya masalah meletak kenderaan di bahu-bahu jalan menjadi punca utama kesesakan itu.

Menurut seorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Cheong Kong, 44, mengakui keadaan di kawasan tersebut berpunca daripada masalah bas dan teksi yang mengambil dan menurunkan penumpang dengan sesuka hati.
‘‘Saya lihat pemandu bas tersebut menurunkan penumpang-penumpangnya di tengah-tengah jalan menyebabkan pemandu kenderaan lain terpaksa menunggu di belakang.
‘‘Kalau setakat mengambil dan menurunkan penumpang tidak mengapa tetapi kebanyakan mereka menunggu penumpang.
‘‘Saya harap pihak berkuasa dapat memantau keadaan ini supaya ia dapat diatasi bagi memberi keselesaan kepada pengguna,’’ katanya yang mengakui masalah tersebut turut menjejaskan perniagaanya.

Isu kesesakan ini pasti tidak dapat diselesaikan sekiranya pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu.
ARKIB : 04/02/2008

Percepat pembinaan terowong


KAJANG 3 Feb. - Penduduk Taman Kajang Utama yang sudah tidak tahan dengan kepayahan yang dialami sejak empat tahun lalu merayu agar dipercepatkan pembinaan terowong alternatif yang menghubungkan kawasan penempatan mereka dengan bandar Kajang.

Rata-rata penduduk yang ditemui mengharapkan pembinaan jalan alternatif yang berupa terowong sepanjang 20 meter itu dibina berhampiran jalan masuk ke penempatan mereka.
Seorang penduduk, Ibrahim Martibi, 52, berkata, masalah tersebut telah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan yang diambil setakat ini.
Malah, menurutnya, penduduk pernah membuat bantahan secara aman bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pengabaian kerajaan negeri terhadap masalah mereka itu.
"Kami bukan menghalang pembinaan lebuh raya tersebut tetapi kewujudannya menyukarkan aktiviti harian kami.

"Seharusnya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyediakan laluan alternatif kepada penduduk bagi memberi kemudahan perjalanan apabila lebuh raya tersebut dibina,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, terowong atau jalan alternatif itu bukan sahaja satu kemudahan kepada penduduk tetapi diyakini akan mengembalikan kegiatan ekonomi di kawasan itu seperti sebelum ini.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Sufian Mat Junus, 33, yang telah menetap di kawasan tersebut sejak 12 tahun lalu memberitahu, sejak lebuh raya tersebut dibuka, kawasan penempatan itu ibarat 'hidup segan mati tak mahu'.

"Dulu kawasan ini meriah kerana banyak aktiviti perniagaan dijalankan namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kawasan ini seperti penempatan 'mati'.
"Sebelum ini, ada sebuah klinik swasta di sini, namun disebabkan masalah jarak perjalanan untuk ke kawasan ini terlalu jauh, klinik tersebut menutup operasinya.
"Medan selera yang dibina di kawasan ini juga hanya menjadi tempat lepak remaja sahaja kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak menyelenggara dengan baik,'' ujarnya.

Pengerusi Surau Taman Kajang Utama, Othman Suboh, 66, mengakui pembinaan terowong tersebut perlu dipercepatkan bagi mengelak lebih banyak kemalangan di pusingan U berdekatan sebuah plaza tol itu.
"Kebiasaannya penunggang motosikal lebih terdedah kepada kemalangan di pusingan tersebut.
"Selain itu, terowong itu juga dapat memendekkan masa perjalanan untuk ke Kajang,'' jelasnya.

Bagi V. S. Suwaminthan pula, walaupun banyak aduan dibuat tetapi ia tidak membawa apa-apa makna jika pihak yang bertanggungjawab tidak meneliti masalah yang dihadapi oleh penduduk.
"Kerajaan negeri seharusnya meneliti aduan penduduk ini dan kami sangat berharap pembinaan terowong tersebut dapat dibina secepat mungkin,'' jelasnya.
ARKIB : 04/02/2008

50 CCTV dipasang di Kajang

KAJANG Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan memasang 50 kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi-lokasi strategik di bandar tersebut sebelum pertengahan tahun ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, pada peringkat permulaan, 26 CCTV akan dipasang di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlakunya jenayah.

"Kita tidak dapat memaklumkan lokasi pemasangan CCTV tersebut atas sebab-sebab keselamatan.
"Lokasinya adalah mengikut cadangan dan perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan baru-baru ini,'' katanya di sini semalam.
Beliau berkata, 24 buah lagi CCTV akan diterima tidak lama lagi untuk dipasang di lokasi-lokasi strategik yang lain.

Hasan berkata, alat itu pastinya akan memudahkan MPKj dan polis mengawasi dan memantau kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah.
"CCTV ini akan beroperasi 24 jam dan kita berharap ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di bandar ini'', katanya.
"Kita akan bekerjasama rapat dengan polis bagi tujuan ini (mengurangkan kadar jenayah",'' katanya.
ARKIB : 06/02/2008

MPUD, MPKj bergabung hapus gerai haram
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

SEMENYIH 5 Feb. - Satu skim keusahawanan yang dikenali sebagai Skim Usahawan Stall anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diperkenalkan dalam usaha menghapuskan gerai haram di kawasan Semenyih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor berkata, masalah gerai setinggan yang berlaku kini diyakini dapat dapat diselesaikan sekiranya mereka diberi kemudahan berniaga yang teratur.

Menurutnya, skim tersebut memberi peluang kepada usahawan baru dan usahawan sedia ada mendapatkan bantuan modal, tapak perniagaan, lesen serta menghadiri kursus kesihatan dan keusahawanan.
Katanya, melalui skim tersebut, sebanyak 500 gerai dibuka untuk dipohon di kawasan Hulu Langat, Hulu Semenyih, Semenyih, Beranang, Kajang dan Cheras.

"Skim ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada lebih 400 buah gerai yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen di kawasan ini.
"Jadi dengan terlaksananya skim ini, saya berharap peniaga dapat merebut peluang untuk menjadikan perniagaan mereka bukan hanya kerja sampingan malah sumber ekonomi tetap.
"Skim ini juga memudahkan MPUD dan MPKj memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa,'' katanya ketika merasmikan majlis prapelancaran Skim Usahawan Stall MPUD-MPKJ di sini semalam.

Ahmad Kuris berkata, skim itu juga akan memastikan bentuk gerai diselaraskan bagi mencantikkan lagi kawasan pemandangan di kawasan perniagaan.
Tambahnya, MPUD dan MPKj akan memantau perniagaan mereka selama dua tahun bagi memastikan peniaga menjalankan perniagaan dengan bersih dan teratur.
"Bagi mengelakkan kawasan gerai-gerai tersebut kotor, kita akan meminta kerjasama Rukun Tetangga (RT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memantau keadaan.

"Sekiranya peniaga tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, mereka tidak akan dapat menyambung lesen yang telah diberikan,'' katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, sejak permohonan dibuka pada minggu lepas, sebanyak 150 permohonan telah diterima.

Beliau berharap orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang skim tersebut supaya menghubungi pihak urus setia Dewan Muda Hulu Langat di talian 03 - 9019 8664.
ARKIB : 08/02/2008

MPKj perkenal kiosk 24 jam

KAJANG Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan memperkenalkan sistem pembayaran cukai melalui kios elektronik yang beroperasi 24 jam pada bulan Mac ini dalam usaha menambah saluran pembayaran dan memudahkan pengguna.

Kios yang dikawal secara automatik itu membolehkan pengguna membuat pembayaran cukai sama ada menggunakan wang tunai ataupun cek tanpa perlu ke kaunter MPKj.
Yang DiPertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, kios tersebut disediakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang kesuntukan masa untuk membuat pembayaran cukai.

Menurutnya, bagi memudahkan pengguna serta menjamin keselamatan, kios tersebut akan diletakkan di dalam kawasan bangunan MPKj di sini.
"Setakat ini, kita hanya menyediakan sebuah kios elektronik sahaja di bangunan MPKj sahaja bagi mengelakkan kemudahan tersebut dirosakkan atau disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab sekiranya diletakkan di tempat lain.
"Ini kerana kos penyelenggaraan sebulan bagi kios ini ialah RM3,000 dan sekiranya rosak, kos yang tinggi diperlukan untuk membaikinya.

"Saya amat berharap pengguna dapat menggunakan kios ini dengan cermat dan berhemah,'' katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPKj di sini baru-baru ini.
Beliau juga memberitahu, kewujudan kios tersebut akan menggalakkan pengguna membayar cukai dan mereka tidak mempunyai alasan lagi untuk menangguh atau tidak membayar cukai.

"Kios ini amat mudah digunakan dan beroperasi setiap hari, jadi pengguna kini tidak perlu lagi menunggu lama di kaunter untuk membuat pembayaran cukai,'' ujarn
ARKIB : 12/02/2008

Semenyih perlu perubahan
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI



SEMENYIH 11 Feb. – Pada penghujung tahun 2002, penduduk bandar ini dikejutkan dengan berita cadangan pembinaan insinerator bernilai RM1.5 bilion di tapak seluas 265 hektar di Broga.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, kerajaan membuat keputusan membatalkan projek itu berikutan kosnya yang terlalu tinggi dan akan menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Namun, tanpa projek itu pun, masalah kesesakan di Semenyih memang sudah agak kritikal dan penduduk tidak pilihan lain selain daripada menempuhnya setiap hari kerana itu adalah satu-satunya jalan yang ada.

Persoalan sama ada Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) yang kini sedang dibina, boleh mengurangkan masalah itu masih tidak dapat dipastikan.
Ini kerana kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan itu tidak seiring dengan pembangunan infrastrukturnya.

Berpuluh-puluh taman perumahan baru wujud di kawasan itu selain kampus cawangan Universiti Nottingham dan markas Pasukan Gerakan Am yang sedang dibina tetapi tiada langkah segera diambil untuk melebarkan jalan.
Bayangkan, keadaan jalan yang digunakan oleh penduduk lebih 20 tahun lalu merupakan jalan yang sama digunakan oleh penduduk Semenyih, Rinching dan Beranang pada hari ini.

Walaupun ada usaha melebarkan jalan tersebut tetapi ia tidak dibuat secara menyeluruh menyebabkan berlaku bottle neck yang menjadi punca kesesakan tersebut.
Semenyih kini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan sudah pasti ia memerlukan perancangan pembangunan yang dapat memenuhi beban kepadatan yang ditanggungnya kini.
Tinjauan Utusan Malaysia ke bandar itu baru-baru ini mendapati bandar tersebut gagal diurus dengan baik menyebabkan ia tidak selesa untuk dikunjungi.
Kewujudan gerai-gerai yang tidak dibina dengan teratur menyebabkan pemandangan di bandar tersebut tidak ubah seperti ‘bandar koboi’.

Kebanyakan pengusaha gerai membuat penyambungan haram menggunakan zink dan papan sekali gus mencacatkan pemandangan bandar tersebut.
Bandar itu pula hanya mempunyai satu jalan atau simpang masuk dan kedudukan simpang itu yang tidak sampai 100 meter dari satu simpang empat tanpa lampu isyarat menyebabkan jalan itu sering sesak.
Ini ditambah pula dengan sikap pemandu yang suka meletak kenderaan sesuka hati di tepi jalan dan membuat pusingan U di simpang empat tersebut.

Peniaga di kawasan itu memberitahu, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di simpang itu disebabkan sikap pemandu yang tidak mahu beralah.
Di bandar itu, terdapat juga sebuah bangunan lama yang ditinggalkan pemiliknya dan kini ditumbuhi semak-samun yang menggambarkan kurangnya pemantauan dilakukan.
Utusan Malaysia difahamkan, bangunan yang berusia 40 tahun itu tidak dapat dirobohkan oleh kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak mengetahui siapa pemiliknya.

Bagaimanapun, penduduk tidak mahu mendengar alasan itu sebaliknya meminta MPKj menyiasat dan mengambil tindakan segera merobohkan bangunan itu sebelum ia menjadi sarang penagihan dadah atau kegiatan maksiat.

Walaupun terdapat pembangunan baru di kawasan itu iaitu Semenyih Sentral tetapi jalan perhubungan ke kawasan itu dengan bandar lama tidak dinaik taraf.
Bahu jalan berhampiran pejabat pos Semenyih berlopak-lopak dan menjadi tempat meletak lori sedang ia boleh digunakan untuk melebarkan jalan tersebut.
Banyak juga premis yang dibina terlalu hampir dengan jalan menyebabkan usaha melebarkan jalan sukar dilaksanakan.
ARKIB : 12/02/2008

Kerajaan negeri, MPKj perlu bertindak

SEMENYIH 11 Feb. – Penduduk Semenyih meminta kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merangka satu pelan khas bagi mengatasi pelbagai masalah yang berlaku di Semenyih sekarang ini.

Menurut mereka, dengan pelbagai perancangan di sekitar kawasan itu terutama projek perumahan dan pembinaan sebuah pasar raya besar, kerajaan perlu memastikan keadaan di situ diperbaiki segera.
Dalam hubungan ini, kata mereka, MPKj perlu melibatkan pemaju supaya beban menambah kemudahan infrastruktur dapat dikongsi bersama.

Seorang penduduk yang ditemui, Azizi Zainal, 29, memberitahu, sering kali tindakan yang diambil oleh MPKj dan kerajaan negeri agak lambat dan mengecewakan penduduk.
“Kita bukan tidak membuat aduan kepada pihak berwajib namun kadang-kadang aduan tersebut tiada tindak balas.
“Contohnya seperti masalah ketiadaan lampu isyarat di simpang empat itu, sudah banyak kemalangan berlaku di kawasan berkenaan namun masih tiada lampu isyarat dipasang.
“Jadi, apa lagi yang boleh kami lakukan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Seorang pekerja restoran, Amanrullah Shariffudin, 35, mengakui masalah infrastruktur di bandar Semenyih masih di takuk lama.
Menurutnya, jalan di bandar Semenyih ini perlu dinaik taraf bagi memudahkan penduduk di kawasan tersebut.

“Saya telah berniaga di sini sejak sembilan tahun lalu, hari-hari saya lihat kemalangan berlaku di persimpangan yang tidak mempunyai lampu isyarat ini.
“MPKj seharusnya bina lampu isyarat ini dengan segera bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku kelak,’’ ujarnya.

Norizan Nordin, 46, juga mengakui bahawa sesetengah jalan di bandar Semenyih perlu dilebarkan kerana keadaan di situ semakin sesak dan padat.
“Jalan di bandar ini perlu dibesarkan bagi memudahkan pengguna yang semakin ramai. Ini kerana jalan ini juga digunakan oleh orang ramai untuk ke Nilai, Bangi Lama dan Dengkil,” ujarnya.

Sementara itu, Omar Hamid, 36, berkata, kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi harapan penduduk di Semenyih.
“Sudah lama kita mengharapkan kemudahan infrastruktur yang lengkap di sini, jadi sudah tiba masanya kerajaan negeri dan MPKj menyediakan keperluan penduduk.
“Kita tidak mahu lagi masalah infrastruktur ini menjadi masalah utama di bandar ini,’’ jelasnya.

Seorang peniaga, Norliza Malik, 36, turut berkongsi pendapat yang sama.
“Saya amat berharap masalah seperti bangunan terbengkalai, penjaja haram dan kekurangan lampu jalan di bandar ini dapat di atasi dengan segera,’’ katanya.
ARKIB : 10/09/2008

Peniaga abai notis pindah
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN


BALAKONG 9 Sept. - Penduduk Flat Taman Taming Jaya menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap peniaga pasar pagi di hadapan kawasan perumahan mereka yang enggan berpindah walaupun sudah mendapat notis daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Seorang penduduk, Hashimi Abdul Manaf, 40, berkata, notis bertarikh 14 Ogos itu mengarahkan peniaga-peniaga terbabit berpindah ke tapak pasar siang di sebuah kawasan tanah persendirian tidak jauh dari situ selewat-lewatnya 24 Ogos lalu.
Namun, sehingga ke hari ini, arahan itu dipandang sepi oleh kesemua peniaga terbabit dan mereka masih terus berniaga di kawasan perumahan itu.

"Saya mungkin boleh faham dengan sikap degil peniaga terbabit tetapi saya cukup hairan mengapa MPKj tidak bertindak tegas dalam soal ini dan terus membiarkan mereka berniaga di sini.
"Masalah yang dibawa oleh kebanyakan peniaga di sini cukup serius seperti sampah-sarap dan penjualan daging babi secara terbuka yang jelas tidak menghormati orang Islam yang ramai tinggal di sini,'' katanya.

Dia mengakui telah menghantar surat kepada Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi mengenai masalah tersebut bagi mewakili penduduk-penduduk yang lain.
"Di dalam surat tersebut, saya meminta beliau mengambil tindakan segera demi kepentingan penduduk beragama Islam di samping demi memelihara perpaduan dalam masyarakat di situ,'' katanya.

Pada keluaran 30 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan rungutan dan masalah penduduk di Taman Taming Jaya mengenai kehadiran pasar pagi di kawasan meletak kenderaan perumahan mereka.
Pasar itu bukan sekadar membawa masalah kekotoran tetapi juga isu penjualan babi secara terbuka di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu sehingga mencetuskan suasana yang tidak selesa.

Pasar itu juga menyebabkan kawasan itu kekurangan ruang meletak kenderaan kerana peniaga pasar pagi berkenaan beroperasi di atas petak meletak kenderaan.
Sementara itu, Penyelaras Rukun Tetangga Hulu Langat, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd. Amin, 47, berkata, sikap toleransi antara penduduk perlu ada dalam mengelakkan salah faham.
"Kita tidak menghalang mereka berniaga di sini namun biarlah di tempat yang telah dikhususkan oleh MPKj,'' katanya.

Tambahan pula, kata beliau, tempat tersebut terletak di dalam zon denggi yang serius yang memerlukan semua pihak memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih.
Ketua Cawangan UMNO Taman Taming Jaya, Datuk Sharudin Razali, 48, berkata, beliau akan mencari ikhtiar dan berjumpa dengan Hassan Nawawi bagi mencari jalan penyelesaian.

"Tindakan daripada MPKj terlalu perlahan, saya berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan berjumpa dengan beliau sendiri.''
"Kepentingan orang Melayu Islam di sini perlu dihormati oleh peniaga-peniaga pasar terbabit,'' katanya.

KERATAN AKHBAR

ARKIB : 05/08/2008

MPKj rampas, sita gerai degil

BANGI 4 Ogos - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan merampas dan menyita gerai haram yang degil dan terus menjalankan perniagaan mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Pegawai Perhubungan Awam MPKj, Shariman Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut akan dilakukan bagi membanteras kewujudan gerai-gerai haram dan menghalang kegiatan itu daripada berleluasa.

Menurutnya, pemantauan akan dijalankan dengan lebih kerap serta secara berskala oleh penguat kuasa MPKj di kawasan terbabit.
"Gerai-gerai tersebut telah lama menjalankan aktiviti perniagaan mereka di kawasan tersebut walaupun MPKj tidak pernah memberikan mereka lesen untuk berniaga di kawasan sekolah.

"Sebelum ini, kita pernah menyita dan mengeluarkan kompaun kepada peniaga-peniaga tersebut namun mereka masih berdegil dan terus menjalankan perniagaan mereka di situ.
"Oleh yang demikian, MPKj akan menjalankan pemantauan dengan lebih kerap di kawasan terbabit serta bertindak lebih tegas terhadap peniaga-peniaga berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai kewujudan gerai-gerai haram di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Kewujudan gerai-gerai tersebut menyebabkan kesesakan lalu-lintas di kawasan tersebut serta membahayakan keselamatan pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Selain itu, kewujudan gerai-gerai tersebut turut menyebabkan sampah bersepah-sepah di hadapan sekolah terbabit.

Shariman menegaskan, peniaga-peniaga yang masih berdegil menjalankan perniagaan di kawasan tersebut bakal dikenakan tindakan tegas.

Ujarnya, peniaga-peniaga tersebut akan diberi notis dan sekiranya masih berdegil, mereka akan dikompaun sebanyak RM1,000 serta gerai dan barang-barang akan disita.
"Kewujudan gerai-gerai haram ini menimbulkan banyak masalah kepada persekitaran serta menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan cenderung untuk berbelanja di luar kantin sekolah.

"Selain tindakan oleh MPKj, kita berharap ibu bapa murid dapat menasihatkan anak-anak mereka supaya tidak membeli dari peniaga terbabit yang tidak diketahui tahap kebersihan makanan yang dijual," katanya.

KERATAN AKHBAR

ARKIB : 25/07/2007

Stadium jadi Dataran Kajang
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN

KAJANG 24 Julai – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menjenamakan semula Stadium MPKj, di sini untuk dijadikan Dataran Kajang tidak lama lagi.
Yang Dipertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, Ahli Majlis MPKj telah meluluskan cadangan tersebut dan prosesnya dijangka selesai pada hujung tahun ini.
Katanya, setelah itu kos keseluruhan untuk pembangunan tersebut akan diumumkan termasuk jangkaan tempoh siap sepenuhnya.

‘‘Pihak kami (MPKj) mahu orang ramai memanfaatkan pembangunan tersebut apabila siap kelak.
‘‘MPKj bercadang mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak ekspo, pusat rekreasi dan kraf tangan, gerai sate Kajang dan gelanggang futsal,’’ katanya kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPKj di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, MPKj juga akan membina satu lot tempat letak kereta bawah tanah satu tingkat di bawah Dataran Kajang tersebut.

‘‘Saya harap, lot meletak kenderaan tersebut mampu mengatasi separuh daripada kesesakan kawasan letak kereta di bandar Kajang ini,’’ ujarnya.
Sementara itu, Hasan Nawawi berkata, pihaknya juga bercadang untuk membina sebuah asrama bagi kemudahan para pelajar yang mengunjungi daerah berkenaan.
Tambah beliau, asrama itu akan dapat memberi kemudahan kepada para pelajar yang tiada tempat tinggal di samping menggalakkan golongan itu untuk mengunjungi daerah Kajang ini.

Menurutnya, buat masa ini MPKj sedang memikirkan mercu tanda yang sesuai untuk dikaitkan dengan bandar berkenaan di Dataran Kajang itu.
Hassan Nawawi berkata, pihaknya masih memikirkan sama ada mercu tanda bandar tersebut dapat dikaitkan dengan sate Kajang atau bandar ilmu berikutan jumlah pusat pengajian tinggi yang banyak dibina di daerah ini.

KERATAN AKHBAR

ARKIB : 07/08/2008


MPKj perlu jadual kerja tersusun

SEMENYIH 6 Ogos - Beberapa ahli jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Desa Mewah menggesa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyenggara taman perumahan itu dengan jadual yang tetap supaya lebih berkesan.

Menurut mereka, walaupun menyedari banyak lagi taman perumahan lain yang perlu diuruskan oleh MPKj tetapi mereka yakin MPKj dapat dilaksanakannya jika ada perancangan kerja yang tersusun.

Sebagai permulaan, mereka menuntut segala aduan yang telah dikemukakan kepada MPKj dan pemaju semenjak dua tahun lalu diberikan perhatian segera.
Setiausaha Rukun Tetangga (RT) Taman Desa Mewah, Norman Md. Rabani, 34, berkata, tidak banyak yang mereka tuntut tetapi setakat ini, hanya satu sahaja permintaan mereka ditunaikan oleh MPKj iaitu pembinaan bonggol di Jalan 9 dan Jalan 10.
Namun, katanya, pembinaan bonggol itu diibaratkan melepaskan batuk di tangga kerana hanya dibina pada sebelah jalan sahaja.

Tambahnya, penduduk meminta beberapa tambahan bonggol lagi di jalan yang sama kerana bonggol sedia ada tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan.
"Kami berharap tiga bonggol tambahan dapat ditambah setiap satu di Jalan 9, Jalan 10 dan jalan keluar dari Taman Desa Mewah,'' katanya.
Mengenai beberapa masalah yang menghantui penduduk di situ, beliau berkata, pihaknya sudah berulang kali menghantar surat aduan kepada MPKj tetapi ia seperti mencurah air ke daun keladi.

"Saya tidak faham mengapa pihak MPKj sukar menyelesaikan aduan penduduk Desa Mewah sedangkan ada di antara masalah itu sudah lama diadukan,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi RT Taman Desa Mewah, Hassan Abdul Rashid, 38, berkata, pihak MPKj sewajarnya memberitahu kepada penduduk Desa Mewah jika ada sebarang projek hendak dilakukan di kawasan itu.

"Penduduk di sini kadang-kadang terpinga-pinga apabila sesuatu projek atau pembinaan yang dilaksanakan kerana kami selaku RT Desa Mewah tidak tahu apa yang berlaku. Apa kami nak jawab bila penduduk bertanya,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui penubuhan RT di taman itu membawa manfaat besar kerana telah berjaya mengurangkan kes jenayah sehingga 95 peratus.
"Pada tahun 2005, sebanyak 31 meter paip air dan dua buah kereta penduduk telah hilang ekoran tiada kawalan keselamatan.

"Tetapi hasil muafakat semua penduduk, kami bersama-sama mengupah pengawal dan keselamatan di Desa Mewah kini lebih terjamin,'' katanya.
Walaupun begitu, beliau berharap pihak polis dapat terus melakukan rondaan di taman itu terutama selepas tengah malam kerana kawasan itu agak sunyi dan boleh dimasuki dari bahagian belakang dan tepi yang bersempadan dengan belukar, ladang getah dan taman perumahan lain,'' katanya.

KERATAN AKHBAR

ARKIB : 11/08/2008

MPKj dalam proses lantik kontraktor bersih taman

SEMENYIH 10 Ogos - Kontraktor pembersihan yang masih belum dilantik adalah punca kepada masalah taman permainan dan jalan di kawasan perumahan di sekitar kawasan ini tidak diselenggara.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd. Nor berkata, pihaknya kini sedang dalam proses untuk membuat pelantikan tersebut.
Menurutnya, walaupun spesifikasi kerja telah ditentukan tetapi pihaknya masih belum membuka permohonan untuk tender.

"Apabila tender dibuka kelak dan kontraktor telah dikenal pasti, proses undian akan dilakukan untuk menentukan kawasan masing-masing,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan penduduk Taman Desa Mewah di sini mengenai kawasan kediaman mereka yang tidak terurus.
Antara masalah itu ialah semak-samun yang semakin tebal, pokok hiasan di tepi jalan tidak disenggara sehingga tumbuh meliar, taman permainan kanak-kanak yang menjadi mangsa vandalisme dan masalah persimpangan jalan yang berbahaya.

Mengenai kedudukan persimpangan masuk ke taman itu yang berbahaya, Shariman berkata, pihaknya akan menyiasat aduan itu sebelum tindakan seterusnya dapat ditentukan.
"Sepatutnya sebelum sesuatu kawasan perumahan dibuka dan diluluskan, segala peraturan dan spesifikasi perlu dipatuhi oleh pemaju termasuk sistem jalan raya," katanya.

Mengenai isu padang permainan yang menjadi mangsa vandalisme dan terbiar, beliau berkata, MPKj masih berada dalam proses untuk menaik taraf kemudahan tersebut di setiap kawasan perumahan.

Tambahnya, dengan sumber kewangan yang terhad, setiap peruntukan perlu diberikan dengan teliti, secara berperingkat-peringkat dan mengikut keperluan sesebuah kawasan.
"MPKj tidak boleh menaik taraf kemudahan padang permainan di semua kawasan perumahan sekali gus kerana kos yang tinggi.
"Lagi pun, kami perlu menyiasat dahulu keadaan sesuatu taman itu kerana MPKj bukan sahaja bertanggungjawab terhadap Semenyih tetapi juga Bangi, Hulu Langat, Kajang dan banyak tempat lagi,'' katanya.

Namun, kata beliau, MPKj tidak akan bersikap lepas tangan terhadap tuntutan penduduk Taman Desa Mewah dan akan berusaha menunaikannya.