Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 17, 2008

KERATAN AKHBAR

ARKIB : 11/09/2008

Pasukan khas banjir Kajang diwujud
KAJANG 10 Sept. - Sebuah pasukan khas akan dibentuk untuk menangani masalah banjir kilat di bandar ini yang berlaku setiap kali selepas hujan lebat.
Penubuhan pasukan itu diputuskan dalam mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini berikutan banyak aduan daripada orang ramai mengenai masalah itu.

Ahli-ahli majlis mendesak Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman agar menubuhkan pasukan khas itu secepat mungkin berikutan musim hujan sekarang ini.
Desakan itu juga dibuat berikutan banyak aduan diterima daripada orang awam bahawa MPKj lambat menggerakkan petugas-petugasnya apabila banjir berlaku.
Banjir kilat terbaru melanda Kajang pada 27 Ogos lalu menyebabkan seorang nenek terkorban akibat dihempap almari setelah terperangkap di rumahnya di Jalan Kelapa di sini.

Jalan-jalan raya di sekitar bandar Kajang juga sering dinaiki air apabila hujan lebat dan para pekerja mencuci kawasan hentian Metro Kajang sudah menjadi pemandangan biasa bagi penduduk.

Ahli majlis turut mengadu bahawa pegawai MPKj yang bertanggungjawab mengurus masalah banjir tidak dapat dihubungi pada malam kejadian itu dan mereka terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Alam Flora Sdn. Bhd. untuk bantuan kerja-kerja pembersihan.
Pada pertemuan dengan media kemudian, Hasan Nawawi berkata, air banjir di Jalan Kajang-Semenyih dan bahagian lain bandar naik dengan cepat selepas hujan selama lima jam bermula pukul 3.30 petang.

Jelasnya, walaupun kerja-kerja mendalam dan melebarkan Sungai Jelok sedang dilaksanakan, terdapat satu kawasan di belakang Plaza Metro yang menyaksikan sungai itu membelok 90 darjah sebelum mengalir masuk ke Sungai Langat.
"Selekoh tajam itu menyebabkan aliran sungai kurang lancar. Tanah di kawasan berkenaan pula adalah milik persendirian. Kerja-kerja memperbaiki selekoh itu akan bermula sebaik sahaja pengambilan tanah dan masalah-masalah lain diselesaikan," tambah beliau.

Mengenai sebilangan penganjur pasar malam didakwa bersikap ingin membuat keuntungan besar secara cepat, Hasan Nawawi berkata, perkara itu sedang dipantau.
"Terdapat 53 pasar malam dan pagi di dalam kawasan pentadbiran MPKj dan pihak majlis tidak mampu memantau setiap penganjurnya.

"Sistem penganjur diperkenalkan untuk memudahkan urusan penyelenggaraan kerja tetapi terdapat begitu banyak aduan mengenai salah laku.
"Mulai sekarang, penganjur yang tidak menyediakan kemudahan pembuangan sampah secara teratur akan ditamatkan khidmat mereka. Kontraktor yang dilantik untuk membersih pula haruslah boleh dipercayai," tegasnya.

No comments: